Sabtu, 16 Ogos 2014

KEMUNCULAN PARTI-PARTI POLITIK UTAMA SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)
  •    Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur olehPersatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

  •     Dato' Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
     Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
       1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

DATO' ONN JAAFAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan